5.6.08

Minyak Naik Lagi


Hari ni harga petrol di negeriku menjadi RM2.70 se liter naik 78 sen semenjak 28 Feb 2006, selepas memanda-memanda negeriku berdegar-degar mengatakan harga minyak takkan naik beberapa hari sebelumnya.

Apakah rasionalnya ini, apakah bapak memanda menteri negeriku tidak tahu akan perkara ini ?

Tariff letrik naik juga... Oh negeriku,...

Negeriku merupakan pengeluar hasil petroleum, (minyak dan gas) tapi harga minyak naik lagi di negeriku....

Dilihat harga minyak (spt di sebelah) di negara pengeluar minyak yang lain tak sama dengan negeriku,...



Negeri ku diperintah oleh pemimpin yang menjanjikan keselamatan, kesejahteran & kemakmuran.. Makmurkah negeriku? Siapa yang makmur? Oh Negeriku..


7.1.08

Minyak Masak

Kini telah beberapa hari tersiar di akhbar-akhbar perdana negeriku, pengguna-pengguna sukar memperoleh minyak masak.

Hairan, antara hasil utama negeriku ialah hasil kelapa sawit yang digunakan menghasilkan minyak masak. Tapi negeriku kini kekurangan minyak masak.

Ada yang menyorokkan ke? entahlah kenapa nak disorok, nak harga naik?

Pastinya, dasar negeriku ini tidak memudahkan pengguna. Oh Negeri Ku...

3.1.08

Selamat Tahun Baru 2008

Tahun Baru tiba lagi, tetapi kali ni ada sesuatu yang menggemparkan dalam suasana sambutan tahun baru, walaupun sememangnya setiap kali tahun baru negeriku akan digegak-gempitakan oleh konsert-konsert yang ditaja penuh oleh korporat yang kaya raya dinegeriku. Jutaan ringgit negeriku menghabiskan dana setiap kali tahun baru untuk mempromosikan malam tahun baru.

Tapi bagi 2008 negeriku digemparkan dengan pengakuan menteri yang kanan (senior) bahawa beliaulah dalam video seks yang tersebar. Beliau kemudian melepaskan semua jawatan beliau dalam kerajaan dan parti kerana menurutnya rakyat dinegeriku tidak dapat menerima pengakuan, dan yang lain adalah 'Holier than thou' (bagaikan ulamak) menurut ucapan beliau.

Apakah perlakuan begini sentiasa berlaku dikalangan pemimpin dinegeriku? Cuma jika terdedah barulah terpaksa letak jawatan...? Oh NegeriKu..

13.12.07

Tol Jelapang

Semalam berita kematian 7 orang kemalangan di tol jelapang menjadi tajuk utama laman akhbar di negeriku. Entah berapa banyak nyawa terbang sejak tol ini di buka aku sudah tidak ingat hitungannya, sentiasa ku dengar. Cadangan untuk mengubah atau merobohkan masih lagi tinggal cadangan.

Tapi malam tadi ku dengar berita yang tidak dapat aku pastikan - kata menteri yang berwajib tentang perkara ini di negeriku, untuk memindahkan tol ini akan mengambil masa selama 6 bulan dan menelan belanja 260 juta matawang negeriku. DUA RATUS ENAM PULUH JUTA!!!!!

Menghantar angkasawan ke angkasa cuma 90 juta...

Rumah kos rendah sekitar 45 ribu, dengan 260 juta , lebih 60,000 buah rumah kos rendah boleh dibina.

Entah apa yang sulit sangat sampai 260 juta..

Apalah yang akan terus jadi pada negeriku.

15.11.07

TIBI

Negeriku telah lama bebas dari epidemik ini, seingatku semenjak aku di sekolah menengah lagi, kira-kira 30 tahun yang lalu, tapi kini ia muncul kembali. Khabarnya ada seoarang pegawai syarikat korporat yang telah diserang penyakit ini, beberapa hari lalu. Kenapa ? Bagaimana ?....

Ada orang mengatakan ianya mungkin dibawa oleh pendatang yang negeri mereka masih belum bebas dari wabak ini. Pegawai korporat itu mungkin dijangkiti dari pembantu rumah beliau. Kini kebanyakan warga negeriku mempunyai pembantu rumah warga asing.

Nampaknya negeriku ini telah tidak bebas dari wabak ini semula. Semakin tidak bebaslah negeriku ini yang telah merdeka 50 tahun. Oh Negeri Ku.